Gua-Gua Padah-Lin
Gua-Gua Padah-Lin

Gua-Gua Padah-Lin

Gua-Gua Padah-Lin (Bahasa Burma: ဗဒလင်းဂူ, disebut [bədəlíɰ̃ ɡù]; juga Padalin atau Badalin[1]) ialah sekumpulan gua batu kapur di Daerah Taunggyi, Negeri Shan, Myanmar. Gua-gua ini terletak berdekatan lorong dari Nyaunggyat ke Yebock,[2] di rabung pada pergunungan Nwalabo dalam Hutan Simpan Panlaung.[3] Padah-Lin terdiri daripada dua buah gua; gua yang lebih kecil ialah suatu pelindung batuan sementara gua besar terdiri daripada sembilan lohong yang tersambung melalui laluan-laluan sempit beserta tiga buah bukaan yang menjadi laluan masuk cahaya.[4]Lukisan-lukisan tangan manusia, ikan, kerbau, keldai dan lain-lain ditemui tampat di lindungan.[5] Walau bagaimanapun, seni-seni ini masih belum ditentukan usianya. Selain itu, dinding gua juga dihiasi ukiran-ukiran.[6]Penggalian dari 1969 ke 1972 menemui tujuh batang arang dan tulang yang disahkan berusia antara 1,750 ke 13,000 tahun.[4] Aktiviti penggalian turut menemui lebih 1,600 artifak batu serta banyak tulang.[3] Artifak-artifak batu ini termasuk alatan memotong dan cincin.[4] Penggalian di gua besar oleh Ben Marwick pada 2016 menemui deposit berusia 65,000 tahun serta artifak serpihan batu berasal 25,000 tahun lalu.[7]